'Hak besar datang dengan tanggungjawab besar'

KiniTV 2020-07-20

Views 29

Perbahasan Dewan Rakyat hari ini menyentuh isu sensitif apabila Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menekankan mengenai 'Tanah Melayu' dan hak istimewa bumiputera.

Tajuddin, ketika berbahas mewakili pihak kerajaan menegaskan bahawa meskipun hak orang bukan Melayu harus dilindungi, setiap orang harus mengakui bahawa mereka tinggal di "Tanah Melayu" dan bumiputera mempunyai hak istimewa.

Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) bagaimanapun mencelah dan menegaskan bahawa hak-hak tersebut datang dengan tanggungjawab untuk menjadi teladan yang baik.

Share This Video


Download

  
Report form