Kerajaan akan menilai semula keputusan pentadbiran PH sebelum ini untuk menjual sejumlah subsidiari TH Plantations Bhd yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.
Marzuk berkata, dengan penjualan 14 daripada 19 subsidiari TH Plantations, saiz ladangnya akan berkurang daripada 100,976 hektar kepada 24,000 hektar.
Marzuk (PAS-Pengkalan Chepa) menjawab soalan Noh Omar (Umno-Tanjong Karang) berkenaan justifikasi penjualan dan keluasan ladang yang telah dijual dan berkenaan pembelinya.