Individu hilang pekerjaan dapat lanjutan moratorium 3 bulan

KiniTV 2020-07-29

Views 36

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar khusus kepada individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020.

Katanya, syarat yang dikenakan adalah mereka masih belum mendapat pekerjaan baru dan lanjutan moratorium akan diberikan untuk tempoh tiga bulan.

Bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman

Muhyiddin berkata demikian ketika mengumumkan Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar secara langsung di televisyen hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form