Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor awam dan swasta, menjadikan nisbah doktor kepada penduduk adalah 1:454.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, ia lebih baik berbanding nisbah 1:500 yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selain itu katanya, seramai 51,912 doktor perubatan atau 73 peratus daripadanya bekerja di Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau menjawab soalan Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai bilangan doktor yang bekerja bersama KKM serta nisbah doktor dan penduduk di Malaysia.