Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad, penangguhan itu melibatkan jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta.