Proses saringan COVID-19 berupaya memberi keputusan ralat sekiranya ujian di makmal tidak dilaksanakan mengikut prosedur.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan kadar positif wabak itu di negara ini hanya 0.96 peratus, menggunakan ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).
Beliau menjawab soalan tambahan Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) mengenai klasifikasi kes positif menggunakan ujian RT-PCR bagi mengelak tanggapan segelintir pihak bahawa Malaysia menyembunyikan perangkaan sebenar wabak COVID-19.