Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa parti baru - yang belum dinamakan - tidak akan terikat dengan mana-mana gabungan sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.
Beliau memberikan jawapan yang sama ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan Warisan.
Mahathir juga mengumumkan bahawa calon daripada parti baru itu akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim 29 Ogos depan.