Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata SPRM tidak pernah menunjukkan bukti bahawa dia telah menerima RM3.3 juta dalam akaunnya atau wang tunai berhubung dengan tuduhan rasuah yang dihadapinya pagi ini.
Dalam satu sidang media ringkas di pusat khidmat DAP di Bagan pagi ini, ahli parlimen Bagan itu juga mengatakan tuduhan yang dikenakan terhadapnya pada minggu lalu dan hari ini bermotifkan politik.