Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang dalam keadaaan negara masih dilanda Covid-19.
Semasa ucapannya itu dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon memberitahunya bahawa ini adalah peringkat jawatankuasa dan beliau perlu merujuk kepada butiran.
Justeru, Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata beliau sememangnya merujuk kepada butiran pilihanraya.