Pemuda Umno Johor menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar yang disokong Muafakat Nasional (MN).
Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata PN hanya gabungan sementara untuk “menyelamatkan negara” daripada Pakatan Harapan (PH).