Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta 342 bagi mengurangkan kadar kompaun sebanyak RM1000 terhadap kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, mana-mana individu dikompaun berhak membuat rayuan tertakluk kepada kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mahkamah.