Kekecohan berlaku di Dewan Rakyat hari ini apabila Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba mendedahkan jumlah lantikan politik yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan ketika mereka berkuasa.
Ketika Noh meminta Shahidan Kassim (BN-Arau) membacakan senarai lantikan tersebut, ahli-ahli parlimen pembangkang membantah dan menyatakan ia merupakan lantikan di badan berkanun dan bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).