Akhirnya Umno dan PAS secara rasmi jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

KiniTV 2020-08-21

Views 45

Umno akhirnya menamatkan polemik penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional apabila mengesahkan telah menghantar jemputan kepada parti itu untuk menyertai gabungan yang diasaskan bersama PAS.

Perkara itu disahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ciapan di Twitternya pagi ini.

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari kedua-dua parti utama Muafakat Nasional.

Share This Video


Download

  
Report form