Menteri- Pub, kelab malam masih belum dibenar beroperasi

KiniTV 2020-09-01

Views 37

Tindakan untuk membuka pub dan kelab malam adalah melanggar Akta 342 dan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia masih berada dalam senarai operasi yang belum dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Oleh itu katanya, sebarang tangkapan dan serbuan yang dibuat oleh pihak polis akan disertai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana hanya PBT mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan menutup premis-premis ini.

Terdahulu beliau mengumumkan sebanyak 600 kompaun telah dikeluarkan ke atas pengunjung pub dan kelab malam.

Share This Video


Download

  
Report form