Covid-19- KKM bimbang kes import dijangka meningkat ekoran musim sejuk

KiniTV 2020-09-01

Views 21

Kementerian Kesihatan bimbang kes COVID-19 akan meningkat ketika musim sejuk di hemisfera utara berikutan banyak penyakit saluran pernafasan termasuk jangkitan paru-paru dilaporkan pada musim tersebut berbanding musim lain.

Oleh itu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, kawalan sempadan antarabangsa harus diperketatkan untuk memastikan peningkatan kes musim sejuk tidak menular ke Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form