Sidang media penuh oleh ahli-ahli Dewan Negara PH isu perlantikan Rais Yatim

KiniTV 2020-09-02

Views 9

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara mula bersidang hari ini hingga 23 September depan.

Hari ini ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan membuat sidang media di Parlimen berkenaan dengan pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Senator Dr Rais Yatim dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Abd Halim Abd Samad mengumumkan pelantikan Dr Rais setelah mendapat undi tertinggi dalam persidangan Dewan Negara.

Pelantikan itu bagi menggantikan S. A. Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih satu nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan.

Share This Video


Download

  
Report form