Pekebun durian di Raub sedia bekerjasama dengan kerajaan Pahang bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan kebun tanpa lesen, dengan syarat Royal Pahang Durian Resources - Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (RPDR-PKPP) menghentikan penglibatan dalam skim pemutihan tersebut.
Adun Tras, Chow Yun Hui yang mewakili Save Musang King Alliance (SAMKA) hari ini berkata, kerajaan negeri bakal mengalami kerugian akibat penglibatan RPDR-PKPP kerana mendakwa syarikat swasta akan mengaut keuntungan maksimum.
SAMKA juga bersedia membayar pampasan atas kerugian dihadapi kerajaan negeri termasuk cukai tanah tertunggak dan berkongsi sebahagian keuntungan hasil durian.