Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata, masalah capaian internet yang lemah bukan sahaja berlaku di luar bandar, malah di bandar-bandar seperti Cyberjaya dan Damansara.
Oleh yang demikian katanya, kerajaan perlu mempertingkatkan usaha untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur telekomunikasi bagi mengatasi masalah capaian internet di seluruh negara.