Bekas pemimpin kanan PKR, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, yang baru-baru ini menyertai Bersatu telah dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, keputusan itu dibuat oleh presiden parti Muhyiddin Yassin pada mesyuarat pimpinan tertinggi semalam.
Kedua-dua mereka serta beberapa bekas ahli parlimen PKR lain menyertai Bersatu secara rasmi bulan lalu.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/541760