Ahli Majlis Tertinggi Bersatu yang baru dilantik, Mohamed Azmin Ali menjelaskan sokongan terhadap Hajiji Mohd Noor hanyalah pandangan sekutu PN, namun PN jelas mengenai calon yang bakal menggalas tugas ketua menteri itu.
Menurutnya, Hajiji seorang calon yang kuat dan harus diberi peluang memimpin rakyat Sabah sekiranya PN memenangi PRN Sabah akan datang.
Sementara itu, Azmin turut menjelaskan keadaan sebenar di sebalik satu video tular yang merakamkan beliau 'dihalau' oleh penyokong Warisan ketika melakukan lawatan di Membakut baru-baru ini.