Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa untuk berkempen menyokong calon Perikatan Nasional di DUN Klias, Isnin Aliasneh yang juga penyandang kerusi itu.
"Orang nak kata perdana menteri kempen, memang saya kempen."
"Apa tujuan saya datang sini kalau tak mau mintak kamu tolong saya supaya kita tentukan masa depan negeri Sabah yang lebih gemilang lagi," katanya ketika bertemu warga peladang, penternak dan nelayan Sabah di Dataran Bagandang, Beaufort pagi ini.
Terdahulu beliau mengumumkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) dan kenaikan elaun sara hidup nelayan pada majlis yang sama.