PESERTA Big Stage 2020 Usop mengakui semakin tertekan memikirkan persembahan untuk minggu akan datang.
Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 23, berkata, dia juga bercita-cita untuk bergelar juara kerana belum pernah menjuarai sebarang pertandingan realiti.
“Expectation orang dan juri terhadap saya sangat tinggi, siapa tak stress... saya sangat stress memikirkan apa nak kena buat selepas ini.
“Saya dah nyanyi lagu Inggeris, saya dah menari! Apa lagi saya nak buat!” ujarnya kepada mStar.
Minggu ini, Usop berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir bersama Fahd Majid, Qody Rudy, Azzam Sham dan Farisha Iris.