Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu dari negara jiran yang memiliki dua kewarganegaraan akan masuk ke Sabah untuk mengundi dan membuat kekacauan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata ada desas-desus mengatakan kumpulan ini mempunyai agenda untuk menyokong sesuatu pihak pada PRN Sabah.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang berkata, berdasarkan maklumat polis sebelum ini, ATM bersedia menghadapi sebarang situasi atau ancaman yang cuba mengganggu keharmonian dan kedaulatan negara.