Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi yang masih di pusat kuarantin, masih boleh mengundi pada Sabtu ini namun harus membuat permohonan terlebih dahulu.
"Kategori ketiga pula ialah mereka yang masih dikuarantin, mereka ini dibenarkan mengundi tetapi mesti membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya dapat ditentukan masa untuk mereka dibawa keluar.
“Untuk mereka mengundi, ia akan diuruskan oleh KKM dan SPR. Mereka tidak boleh keluar mengikut suka hati, mereka akan dikawal dan waktu juga ditetapkan,” katanya.
Sumber video: https://www.facebook.com/BeritaTVRTM/videos/2505991926289935