Tak sanggup tengok aksi melampau Kak KM jual jamu... tapi katanya itu cara nak jadi kaya!

mStar Malaysia 2020-09-25

Views 2.1K

SERING muncul dengan teknik pemasaran sensasi hingga mengundang kontroversi, usahawan Liana Rosli tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang jijik dengan kaedah tersebut.

Ujar Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, setiap peniaga memerlukan cara tersendiri bagi mempromosi produk masing-masing.

“Sebagai peniaga kita kena ada kelainan dan jika kita ingin tonjolkan sesuatu benda... kena ada caranya.

“Orang kata cara saya melucah, sebenarnya ia tidak lucah kerana saya lebih telus dalam penyampaian,” ujarnya kepada mStar.

Share This Video


Download

  
Report form