Bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman tidak menjawab soalan dari wartawan yang bertanyakan kepadanya sama ada beliau akan membuang undi atau tidak pada hari pengundian esok.
Musa Aman hanya melemparkan senyuman kepada para media sambil melambaikan tangannya.
Beliau ditemui selepas menghadiri satu majlis di Kem PLKN Bagai Budi Sandakan, bagi kempen kepada calon BN DUN Sungai Sibuga, Hamsan Supain.
Musa merupakan individu utama di sebalik cubaan rampasan kuasa dari Warisan yang gagal dan seterusnya mencetuskan pilihan raya negeri.
Musa sebelum ini memberi gambaran akan kembali ke Sungai Manila untuk bertanding meskipun tidak tersenarai sebagai calon BN.
Bagaimanapun pada hari pencalonan, Musa tidak hadir di mana-mana pusat pencalonan.