Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan sebentar tadi mengumumkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 37 kerusi yang ditandingi mereka.
Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan Warisan secara tidak rasminya telah 'tumbang' dan disambut dengan tepukan para hadirin yang berada di bilik operasi gabungan itu.