Majlis perkahwinan dibenarkan di kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersyarat (PKPDB), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Bagaimanapun beliau menambah, penganjur dan peserta majlis tersebut mesti mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penyebaran virus Covid-19.