JAIS tangguh semua akad nikah di Zon Klang dan Kapar bermula hari ini

KiniTV 2020-10-12

Views 373

Semua janji temu majlis akad nikah yang dijadual dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang yang dibuat sebelum atau pada 7 Oktober ditangguhkan berkuat kuasa serta merta mulai esok, susulan peningkatan kes Covid-19,

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan itu melibatkan janji temu pasangan dari Zon Klang dan Zon Kapar.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan penangguhan semua aktiviti masjid dan surau oleh JAIS melibatkan seluruh Daerah Klang pada 7 Oktober dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat (9 Oktober).

Share This Video


Download

  
Report form