Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat Malaysia di Singapura boleh pulang ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja.
Katanya, mereka dibenarkan pulang melalui mana-mana pintu termasuk melalui jalan udara atau darat.
Jelasnya lagi, mereka akan diambil sampel swab dan perlu dikuarantin sewaktu tiba di Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.