Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan bahawa tindakan kerajaan mengumum perlaksanaan PKPB dan PKPD di sesuatu kawasan bukan untuk memberi peluang pendatang tanpa izin (PATI) melarikan diri.
Sebaliknya, ini untuk memberi masa kepada pihak polis, tentera dan kakitangan perubatan membuat persiapan selain memberi peluang kepada penduduk kawasan yang berada di luar kawasan supaya dapat kembali sebelum perintah tersebut dilaksanakan.