'Membazir' - Hanipa persoal keperluan Perkampungan Al-Quran di tengah pandemik

KiniTV 2020-11-03

Views 10.9K

Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan keperluan pembinaan Perkampungan Al-Quran di Putrajaya yang akan menelan kos kira-kira 150 juta ketika rakyat sedang menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa mengumumkan reka bentuk Perkampungan al-Quran yang antara lain merangkumi masjid, kompleks perniagaan dan studio itu sudah hampir siap dan secara dasarnya Putrajaya bersetuju dengan projek itu.

Hanipa berkata demikian ketika mengulas isu-isu semasa secara langsung di laman Facebooknya pada 1 November lalu.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=362172648201509&ref=watch_permalink

Share This Video


Download

  
Report form