Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia masih kekal empat angka untuk tiga hari berturut-turut apabila 1,009 kes baharu diumumkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 36,434 kes dengan kes aktif sebanyak 10,503.
Dia berkata daripada kes baru itu, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 564 kes.