Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa tindakan mempersoalkan keputusan hanya 80 ahli parlimen dibenarkan berada di dalam Dewan Rakyat bukan untuk mempertikaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Anwar, segala keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dianggap sebagai muktamad dan perlu dibahas di Dewan Rakyat.