Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak sekali lagi menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal serta membenarkan pengeluaran one-off RM10,000 dari Akaun 1 KWSP.
Menurutnya, langkah ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pun pengiraan defisit negara.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan hanya golongan kategori B40 dibenarkan memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.