Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluas arahan bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam seluruh negara.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini arahan itu hanya tertakluk kepada perkhidmatan awam di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sahaja.