Ahli parlimen Jelutong RSN Rayer mempertikaikan peruntukan ke atas Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang tidak seberapa berbanding peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam perbentangan Belanjawan 2021 pada minggu lalu.
Dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat kepada Menteri Perpaduan hari ini, beliau turut mencadangkan untuk mengangkat kembali peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi membina perpaduan negara.
Lebih 8,000 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara akan menerima manfaat peruntukan RM50 juta dalam Belanjawan 2021.
Manakala kerajaan peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam Belanjawan 2021.