Kejamnya! Sheikh Baseer teruk terkena buatan orang, benci tengok keluarga sendiri

mStar Malaysia 2020-11-11

Views 72

MISTERI kehilangan penyanyi yang juga peserta Ceria Megastar Sheikh Baseer, terjawab apabila dia mengakui terkena sihir.

Ujar Baseer, 18, gangguan itu membuatkan dia sering tidak sedar dengan situasi semasa.

“Sepanjang saya kena sihir tu macam-macam jadi, sampai saya lupa apa yang saya dah buat.

“Apabila balik rumah saya tak suka tengok muka family dan saya hanya duduk dalam bilik, ada satu masa tu saya duduk dalam almari,” katanya kepada mStar.

Tambahnya, selepas menyertai program Ceria Megastar dia terus tidak tahu apa yang berlaku dan bersyukur kerana ibunya berjaya menjejakinya di Kuala Lumpur.

“Emak saya datang daripada Johor ke Kuala Lumpur semata-mata nak cari saya sebab kami tidak berhubung langsung.

“Kini saya memang nak tebus balik apa yang dah saya ketinggalan sepanjang dua tahun disihir,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Baseer kini tampil menerusi lagu Sudahlah dan bakal melancarkan single Mama sedikit masa lagi.

Share This Video


Download

  
Report form