'Saya tak fikir dia takut mati' - Dr M pertahan Dr Noor Hisham

KiniTV 2020-11-12

Views 2.3K

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berikutan kritikan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang menyifatkan Dr Noor Hisham tidak turun padang ke Sabah kerana 'takut mati'.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham atas usaha dan kejayaannya menangani Covid-19.

Bagaimanapun katanya, Malaysia harus belajar dari negara-negara lain yang telah menangani pandemik dengan jauh lebih baik dan beliau turut memberi beberapa cadangan tindakan bagi mengatasi kesan pandemik yang akan memerlukan lebih banyak peruntukan.

Share This Video


Download

  
Report form