RSN Rayer rayu MP Kepong dibenar kembali ke Dewan Rakyat

KiniTV 2020-11-17

Views 1K

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini sekali membangkitkan isu permohonan maaf oleh ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing walaupun usul itu telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Beliau turut merayu kepada Azhar supaya ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng dibenarkan untuk masuk semula ke Dewan Rakyat.

Azhar kemudian mengatakan pintu pejabatnya 'terbuka' untuk Lim menemuinya dan membuat permohonan itu.

Untuk rekod, Azhar menggantung Lim selama lima hari susulan kenyataan ahli parlimen itu yang menyifatkan keputusan dibuat Timbalan Speaker, Azalina Othman Said berhubung kenyataan Tiong sebagai 'keputusan bodoh'.

Share This Video


Download

  
Report form