Syukur Alhamdulillah Almy Nadia makin pulih selepas pembedahan buang pundi hempedu

mStar Malaysia 2020-11-18

Views 244

Datuk Fizz Fairuz memberitahu kesihatan isterinya Datin Almy Nadia kini dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang pundi hempedu akibat masalah batu karang Oktober lalu.

Ujar Fizz, dia bersyukur isterinya kini pulih seperti biasa selepas sebulan menanggung kesakitan dan akui sedikit risau dengan kesan pembedahan tersebut.

“Risau juga nak tinggal dia dekat rumah, takut juga sebab pembedahan masih baru. Jadi kadang-kadang saya bawa dia pergi set penggambaran.

“Sekarang saya banyak ambil job yang dekat-dekat sikit, yelah kita tidak tahu benda itu kat dalam cuma doktor cakap semuanya okay,” katanya kepada mStar.

Share This Video


Download

  
Report form