M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) hari ini mempersoalkan peruntukan yang rendah untuk kaum India dalam Belanjawan 2021 dan menyifatkannya sebagai 'diskriminasi terlampau' yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Menteri Perpaduan, Halimah Sadique menyangkal dakwaan itu dan mengatakan peruntukan untuk kaum India bukan hanya RM100 juta yang akan diberikan kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) tetapi juga turut diagaihkan melalui skim bantuan di bawah kementerian-kementerian lain.