Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan pendahulunya Anthony Loke (PH-Seremban) hari ini bertikam lidah mengenai isu tender terbuka Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT2).
Wee hari ini mendakwa projek KVDT 2 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan, dan seharusnya dilakukan melalui tender terbuka.
Loke mencelah dan mendakwa Wee telah berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat kerana prosedur sama dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelumnya.
Wee turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia akan meletakkan jawatan sekiranya dakwaannya terhadap PH itu terbukti salah.