Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan vaksin Covid-19 sebelum ia diberi kepada petugas barisan hadapan dan seterusnya orang ramai.
Beliau menjawab soalan Azis Jamman (PH-Sepanggar) sekiranya kerajaan mempunyai pelan tambahan untuk mengatasi risiko kesan sampingan vaksin seperti yang berlaku di Korea Selatan, apabila ramai yang maut setelah menerima suntikan vaksin selesema.
Selain itu katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai perolehan kumpulan pertama vaksin itu pada awal tahun depan.