Draf pindaan terbaru Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 akan dibentangkan untuk perbincangan peringkat negeri pada awal tahun depan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary berkata, proses perbincangan akan dipimpin oleh jawatankuasa teknikal undang-undang sivil dan syariah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).