PRK Bugaya, Gerik_ Terserah kepada SPR, KKM, MKN berbincang

KiniTV 2020-11-27

Views 132

Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tindakan seterusnya berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bugaya dan Parlimen Gerik yang dijadual 16 Jan depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk penilaian risiko oleh KKM bagi mengetahui sama ada pilihan raya boleh dilaksanakan ketika kedua-dua kawasan berkenaan masih lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Share This Video


Download

  
Report form