Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk memendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi pelawat asing yang memasuki negara ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan itu menegaskan, mereka masih perlu meneliti data sekiranya ini sesuatu yang dapat dilakukan.