Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Saarani Mohamad memberikan jaminan bahawa tidak akan mengubah intipati Belanjawan 2021 Perak yang telah dirangka oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Saarani mengatakan tidak ada cukup masa untuk menyusun belanjawan yang baru.