Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan tidak berdepan sebarang masalah untuk diluluskan di Dewan Rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon berkata, RUU itu dipersetujui dengan undian suara majoriti
“Lebih suara bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu juga diluluskan dengan mudah tanpa melalui undi belah bahagi selepas 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa.