Isu Noraniza Idris dan Aishah ‘sentap’ dikecam netizen, ini komen Nabila Razali

mStar Malaysia 2020-12-14

Views 243

SERING menerima kecaman netizen, penyanyi Nabila Razali mengakui faham perasaan yang dilalui oleh penyanyi Noraniza Idris dan Aishah.

Nabila, 27, berkata, dia meminta netizen untuk lebih menghormati dua penyanyi berkenaan yang lebih berusia dan menulis komen dengan berhemah.

“Kadang-kadang ada perkataan yang dilontarkan oleh netizen terlalu kasar dan tidak sepatutnya diberika kepada sesiapa pun.
“Jika perlu komen, komen dengan penuh berhemah dan janganlah guna ayat yang kasar.

“Tahun 2020 adalah masa untuk menjadi lebih matang , positif dan sepatutnya memberikan kata-kata semangat kepada anak seni kita,”ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

“Harap orang di luar sana letakkan sedikit rasa hormat dengan tidak menulis komen keterlaluan kerana kami pun manusia biasa” ujarnya.

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS